skip to main |
skip to sidebar
Ini adalah sebuah kisah yang amat
popular di kalangan para ulamak dan habaib. Sebuah kisah yg walaupun telah lama
diceritakan tetapi sampai kini tetap dikongskilan lagi oleh kerana dengan
pengajaran yang terkandung cukup baik sekali buat umat junjungan Nabi Muhammad
SAW ini. Sebuah kisah yang dapat mengajar erti ketakwaan dan keimanan. Semoga
ia dapat memberi kite manfaat. Dikisahkan ada seorang lelaki pemuda yang sangat
bertakwa yang duduk di Yaman. Pemuda ini bukan sahaja seorang yang soleh malah
dia juga seorang yang sangat tampan. Setiap hari, dia akan pergi masjid untuk
solat jemaah. Sampai lah pada satu hari di mana Allah memberi satu ujian yang
besar bagi dia. Selepas dia melalukan solat jemaah di masjid, dia terus jalan
untuk pulang ke Rumah dia. Dalam perjalanan ke Rumahnya, dia terdengar seorang
wanita memanggil dia. Dia lalu cari siapa yang memanggilnya dan melihat seorang
wanita yang sangat cantik berdiri di depan halamah rumah wanita itu yang sedang
memanggil Dalam kebingungan, dia lalu hampiri wanita itu untuk mengatahui apa
hajat wanita itu sebenarnya. Dia lalu bertanya kepada wanita itu. Wanita yang
cantik itu jawab bahawa dia perlu satu bantuan di dalam Rumah dia. Wanita itu
lalu mengajak lelaki itu ke dalam rumahnya, konon ya nak minta tolong. Pada
mulanya, lelaki itu berasa tidak selesa tetapi dia akhirnya pun masuk ke rumah
wanita itu. Apabila saja lelaki itu jejak kakinya di dalam rumah wanita itu,
wanita itu dengan cepat menutup dan kunci pintu rumahnya. Lelaki itu penuh
dengan ketakutan lalu berkata apakah ini semua? Wanita itu yang mulanya
kelihatan baik berubah menjadi wanita yang jahat lalu berkata "Marilah
buat zina" "Aku dari dulu sudah perhatikan kau. Kau sangat tampan
orang nya. Aku suka dekat kau. Jom la" Maka, Iman lelaki itu terusik.
Godaan syaitan bermain di mindanya. Nafsunya yang awalnya sedang tidur terus
gelora. Tetapi dengan ketakwan, lelaki itu terus bantah permintaan tiket neraka
itu dengan berkata "Tidak. Sesungguhnya aku takut kepada Allah" Wajah
wanita yang tadi menggoda berubah menjadi marah. "Jika kau bantah
permintaan ku, maka aku teriak sekarang dan aku akan tuduh kau kepada orang
kampung yang kau nak menperkosai aku!" Hanya Allah yang tahu betapa
beratnya dugaan ini. Fikiran dia penuh dalam dilema. Dia yakin jika wanita ini
teriak, dia akan dihukum oleh orang kampung. Mereka akan lebih mendengar kepada
kaum Hawa. Hatinya tidak henti memohon pertolongan Rabbnya. Dia yakin bahawa
Yang Maha Dekat tidak akan penah meninggalkan nya. Akhirnya Allah memberi dia
petunjuk. Lalu, Lelaki ini berkata. "Baik lah saya akan tunaikan hajatmu
itu. Tetapi saya hendak pergi ke tandas dulu. Boleh?" Wanita itu dengan
tersenyum lalu setuju. Lelaki itu terus masuk ke tandas. Dan membuang hajat.
Selepas itu, tanpa menyucikan dirinya dia terus mengambil najis tadi dan
meletakkan seluruh di badannya. Sanggup kerana Allah. Dia lalu keluar dengan
keadaan yang sangat busuk lagi jijik. Maka wanita terus teriak apabila melihat
keadaannya sedemekian. "Eee! Apakah ni?! Busuk lah! Keluar dari Rumah aku
sekarang juga!" Seperti dirancangkan, lelaki itu dihalau dalam penuh
kehinaan. Tetapi baginya, ia adalah satu kebahagian kerana terselamat dari
maksiat. Lelaki itu terus berlari menuju ke sungai. Lalu dibersih semua kotoran
tadi, dia terus pulang ke rumah dia. Jadi pada malam itu, seorang lelaki yang
sangat tampan lagi berseri mukanya datang ke mimpinya. Wajahnya yang seperti
bulan purnama sejuk bile dipandang. Tetapi tidak penah dia lihat. Siapakah? Dia
lah Rasulullah SAW. Sebuah pertemuan yang diimpikan oleh setiap perindu
Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW menghampiri dia, dekat dan lagi dekat. Lalu
baginda terus memeluk dia seeratnya. Kulit bersentuh kulit. Kekasih bertemu
kekasih. Dia peluk Rasulullah seeratnya yang bahu baginda penuh dengan wangian
kasturi.. Lalu menangis mereka. MashaAllah Ini lah anugerah dari Allah Ya Karim
kepada hambaNya yang bertakwa dan apabila diuji mereka bersabar. Bukan ke
bertemu dengan Baginda SAW adalah satu nikmat yang sangat besar? Allahu
Semenjak hari itu, Bau kasturi itu yang dari Rasulullah SAW tidak hilang dari
tubuh lelaki itu. Malah, apabila dia berjalan ke satu tempat.. Bau itu tidak
akan kekal selama beberapa hari. Semua orang di dalam bandar itu kenal sangat
dengan lelaki dengan wangian nya. Dan hingga lah akhir hayat lelaki itu,
wangian itu masih hinggap di tubuh nya. Allahu Akhbar Semoga kite diberikan
keimanan seperti beliau. Walaupun muda, tetapi sangat takut kepada perintah dan
larangan Allah. Sebelum saya nk menutup post ini, saya hendak kongsi sebuah
hadis Rasulullah SAW Iatu, lelaki atau wanita yang diajak Oleh seorang wanita
atau lelaki yang sangat rupawan untuk melakukan zina. Lalu dia tolak dengan
berkata "sesungguhnya aku takut kepada Allah." Maka tempat nya di
yaumal ma'sya bukan selain dari naungan arash Allah yang di mana ketika itu
tidak ada naungan selain naungan Allah. Allah semoga kami juga termasuk dalam 7
golongan itu. Ameen Syukran kerana sudi membaca kisah ini. Semoga ia memberi
manfaat buat kite semua. Ameen - kisah ini telah diubah suai oleh Serban Putih
Artikel terkait :
0 komentar "(kisah) lelaki pemuda yang soleh diajak zina ", Baca atau Masukkan Komentar
Posting Komentar