Bila budak jahat berubah jadi BAIK + JAHAT Ditulis oleh: Unknown - Selasa, 18 Agustus 2015 Bila budak jahat berubah jadi BAIK + JAHAT Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~ Cici datangnya dari keluarga yang porak peranda. Ibu bapanya bercerai. Dia mempunyai adik-adik hasil dari perbuatan terkutuk iaitu zina. Walaupun begitu, Cici masih lagi terpelihara dalam kebaikan. Auratnya terjaga walau sekadar menutup & tidak longgar namun kakinya masih tidak ditutup.Pelik baginya untuk memakai stoking. Cici masih lagi diberi kelebihan oleh Allah dengan tahap kebijaksanaannya yang membolehkan dirinya berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan kawan-kawan di Institut pengajian tinggi awam. 3 tahun melanjutkan pelajaran ke salah sebuah pusat pengajian awam sebagai pelajar diploma sains. Akhirnya, dengan izin Allah Cici mampu bergelar pelajar lepasan diploma dengan keputusan yang agak baik. Masalah kewangan yang dihadapi Cici mula melemahkan semangatnya untuk melanjutkan pelajaran. Yuran berpuluh ribu yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah menyesakkan dadanya. Mengenangkan kesusahan yang ditanggung oleh keluarganya, adik-adik yang makan tidak menentu, ibu bapa yang selalu bertelagah, & pelbagai lagi tekanan yang dihadapinya menyebabkan dia terasa berat hati untuk melanjutkan pelajaran. Ketika bergelar pelajar diploma, Cici sempat bersama kawan-kawan yang membimbingnya menjadi seorang yang lebih baik. Cici berubah daripada berpakaian ketat kepada longgar, terdedah kepada menyarung stokin, tudung bawal kepada tudung besar & seterusnya labuh. Cici bahagia. Namun, perubahan itu menyakitkan Cici kerana dia sedar mujahadah itu payah kerana Jannah itu indah. Tidak sampai setahun bersama kawan-kawan yang membimbing, Cici telah pun tamat belajar sebagai pelajar diploma & Cici kembali ke rumah. Kembali menerima hakikat bahawa dia datang dari suasana yang hina. Cici kembali bertemu rakan-rakannya. Prinsip dirinya sudah semakin luntur. Cici tidak pernah menyalahkan takdir yang menimpa keluarganya. Cici redha. Walau seteruk & sehina mana sekalipun keluarganya, mereka tetap keluarga Cici. “Mak, Cici ada kenal seorang mamat ni mak. Dia baik sangat mak.” “Mak ayah dia kerja apa?” “Cikgu mak..kakak dia doctor..” “Cici mampu ke dengan dia? Keluarga kita tak macam orang lain Cici..orang lain nampak kita ok je ci..tapi hakikatnya Allah je tahu..mak, cici, & adik masih lagi mendirikan solat pun da cukup membahagiakan mak. Mak tahu cici mesti nak lelaki yang baik bimbing Cici tapi suatu hari nanti cici akan rasa segan dengan mereka tu nak..” “Ye mak..” Memang cici sedar dirinya tak layak untuk insan sebaik lelaki itu. Cici meneruskan hidupnya seperti biasa. Hidupnya yang biasa…walau setiap hari dia merintih, namun hidupnya tetap biasa…tetap biasa…sejak kehidupan Cici berubah menjadi seperti biasa, Cici semakin jauh dari kawan-kawan yang pernah membimbingnya. Kawan-kawan juga mulai memandang serong melihat perubahan dirinya yang kea rah semakin biasa. Pelbagai post yang menyedihkan hati Cici dibaca dari wall kawan-kawannya. Cici mengharapkan doa dari kawan-kawannya, bukannya sindiran yang semakin menjauhkan dirinya dari kebaikan. Cici hanyalah manusia biasa yang datangnya dari suasana yang tidak seindah kawan-kawannya. Namun Cici tidak pernah menyalahkan kawan-kawannya atas segala pandangan serong tersebut. Cici menitipkan surat untuk kawan-kawannya… Awak..terima kasih sebab awak banyak ajar saya benda baik. Tapi saya tak betul-betul kuat untuk kekalkan apa yang baik. Suasana di sekeliling saya tidak dapat kuatkan saya. Awk beruntung sangat sebab jika awak tak solat, ada orang yang marah awak & ingatkan awak. Halal haram makanan awak pun terjaga, tu sebab doa awak pun makbul. Tak macam doa saya. Tak termakbul-makbul. Sedangkan saya tak minta pun diri ini menjadi bahan bakar api neraka dek mengalirnya makanan haram dalam badan saya ni. Awak beruntung lah kerana awak tak macam saya. Saya ada ramai adik tapi tak ramai yang soleh solehah..sedangkan saya pun tak solehah. Awak beruntung kerana awak memang dah dididik dengan Islam sejak kecil. Saya dididik dengan cara hidup semasa. Adik-adik saya lagi lah jauh dari Islam. Awak beruntung kerana awak ialah lelaki. Jika awak soleh, awak berkuasa untuk mensolehkan orang di sekeliling awak kerana memang hakikatnya lelaki itu pemimpin. Tak macam saya. Jika saya mensolehahkan diri, saya balik yang dipersoalkan oleh adik-adik lelaki saya yang sepatutnya memimpin. Jadi segalanya terbantut. Sukar…namun saya tidak menyalahkan takdir & tidak mengatakan bahawa segala yang berlaku di sekeliling saya ini sebagai puncanya kerana saya sedar saya masih boleh berusaha untuk menjadi lebih baik. Walau apa yang terjadi saya bersyukur dapat mengenali awak & kawan-kawan yang lain. Sampaikan salam saya pada mereka~ Sejak itu, Cici sedar hakikat dirinya & semakin menjauhkan diri dari kawan-kawannya. Hinggalah Cici benar-benar senyap tanpa berita~ “Jika seseorang yang hadir dalam hidup anda dan menjadi sebahagian daripada hidup anda, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang- kurannya dia pernah membahagiakan anda. Jika seseorang itu hadir kepadamu dalam keadaan dia berubah menjadi lebih baik dan hebat pada pandangan mata kamu, tetapi atas sebab tertentu dia semakin jauh dari kebaikan dirinya..terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya cubalah memahami dirinya dan mendoakannya bukan menghukum dirinya dengan kata-kata kerana mungkin kamu tidak tahu segala apa yang dilaluinya kerana bukan kamu yang sentiasa di sisinya. Jangan sentiasa mengharapkan yang terbaik dari dirinya kerana dia insan biasa yang tidak seuntung kamu…wallahu’alam~” ~Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba yang diredhai-Nya~ Sumber:http://pagisyawal.blogspot.com/2011/01/bila-budak-jahat-berubah-jadi-baik.html Kirimkan Ini lewat EmailBlogThis!Bagikan ke XBerbagi ke Facebook Artikel terkait :
0 komentar "Bila budak jahat berubah jadi BAIK + JAHAT ", Baca atau Masukkan Komentar
Posting Komentar